Saturday 3 December 2011

Macam-macam perkara pelik yang terjadi kat Malaysia nih..korang sedar tak??



assalamualaikum….

Hmmm tertibe lak hati ni terdetik nak taip pasal pekara2 yang pelik..tak tau plak kenapa sebab aku sendiri pon pelik kot..hahaha macam2 pekara pelik yang dah berlaku  kat dalam Malaysia nih…korang sedar tak?? Benda nih berlaku di sekeliling kita je…kadang2 ape yang kita buat pon pelik juga just sedar ngan tak sedar je..hahaha ha…. Kat sini aku senaraikan ape yang aku rase pelik…dan ade gak yang aku dapat dari ape yang aku penah bace (kat google la mane lagi) hehehe

·        Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000-RM8,000 just main bola je..n kena pandai guna skill..wat latihan stress pon kurang tapi graduan universiti yang bertungkus lumus perah otak selama  bertahun2 kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan. 

·        Pemandu tak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, totapi sanggup pula bertekak sampai berjam jam dan ajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.aduhaiii..  

·        Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi ( baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha). 

·        Macam-macam cara,kempen nak atasi pendatang tanpa izin,tapi smakin hari semakin banyak pulak warga asing yang memenuhi sektor pekerjaan kat negara kita.

 ·        Rempit, samseng jalanan..pasni apa nama nak bagi pun tak tahu dah...still ramai lagi budak2 yang merempit...siap ada cadangan lagi...nak bagi diskaun lesen kat pelajar...tak payhalah..hehe

 ·        Artis dianugerahkan dengan macam-macam anugerah..macam-macam festival and konsert...sampai salah bagi anugerah pastuh kecoh 1 malaysia.kesian yuna..huh..tapi ada ke anugerah khas untuk doktor,tentera,jururwat dan tugasan profesional lain? 

·        Budak2 skolah rendah lebih hafal lirik lagu bunkface,Najwa latif.. tapi bila suh baca sifir 3 pon dah terkial-kial...huh… 

·        Rakyat malaysia ni sanggup berhabis,bergolok bergadai semata-mata nak mengundi artis pujaan mereka kat rancangan realiti..tapi bila menang ada ke artis tu ingat dorang nih?..berbaloi ke mengundi beratus2 RM untuk artis tuh?

 ·        Ha…faizal tahir kene gam sebab bukak baju time perform...bukan aurat die pn..tapi artis2 wanita yang seksi2 tu tak pulak kene gam tayang aurat sane sini??

Haa….pelik tapi benar bukan?? fikir la sendiri… =)





1 comment:

hye! sila tinggalkan comment anda disini Terima Kasih !